STIE Bangkinang, Karangkraf rancang kerjasama latihan praktikal mahasiswa

STIE Bangkinang, Karangkraf rancang kerjasama latihan praktikal mahasiswa

SHAH ALAM – Sekolah Tinggi Ekonomi (STIE) Bangkinang, Riau, Indonesia merancang menjalin kerjasama dengan Karangkraf bagi membuka peluang latihan praktikal dan bimbingan kepada mahasiswa dalam bidang pengurusan, perakaunan serta keusahawanan.

Timbalan Rektor STIE Bangkinang, Dr Zamhir Basem berkata, kerjasama berkenaan akan diteruskan melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak.

Menurutnya, lawatan akademik ke Karangkraf merupakan sebahagian daripada program kunjungan ke Malaysia bagi memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai dunia industri dan keusahawanan.

“Tujuan kunjungan ini adalah untuk memperdalam ilmu terutama dalam bidang pengurusan dan perakaunan melalui pembelajaran secara langsung di syarikat yang mempunyai inovasi.

“Kami berharap kerjasama ini dapat diteruskan dalam bentuk bimbingan dan latihan praktikal supaya mahasiswa dapat mempelajari keusahawanan secara lebih mendalam,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Sesi dialog berkenaan turut dihadiri Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub yang berkongsi pengalaman dan pandangan berkaitan bidang perniagaan serta keusahawanan bersama delegasi STIE Bangkinang.

Zamhir berkata, Karangkraf juga dilihat mampu memberi inspirasi kepada mahasiswa untuk membina visi dan misi dalam kehidupan serta merancang langkah bagi mencapai matlamat masing-masing.

“Karangkraf memberikan inovasi dan semangat kepada golongan muda dan mahasiswa untuk menetapkan matlamat yang baik serta memikirkan langkah kehidupan pada masa akan datang.

“Pendedahan ini juga dapat membantu mahasiswa memahami bagaimana ilmu yang dipelajari boleh dimanfaatkan untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat,” katanya. 

Visitors Counter

426583
TodayToday123
YesterdayYesterday837
This_WeekThis_Week5449
This_MonthThis_Month2649
All_DaysAll_Days426583
Hello There...216.73.217.167
US
UNITED STATES
US

This page uses the IP-to-Country Database provided by WebHosting.Info (http://www.webhosting.info), available from http://ip-to-country.webhosting.info